Ahad, 14 Jun 2009

"sambungan"

Kini Ira lagi sibuk diri utk study.. Al-maklum la Ira kan bakal menduduki peperiksaan besar SPM.. Namun,setelah menjelang cuti pertengahan tahun.. Seperti biasa Ira pulang ke rumahnya.. Sebelum dia pulang,ketika di sekolah pelbagai aktiviti yang ada di sekolah.. Ada lawatan la dan program yang melibatkan rakan-rakan sekelasnya sahaja..Tapi,dalam banyak² program,Ira bersemangat bila sampai aktiviti riadhah..Ira benar-benar seorang yang bersemangat berlari ke sana-sini sedangkan dia mengetahui dirinya sebenarnya tidak dibenarkan terlalu aktif..Hal ini menyebabkan pada hari kepulangan cuti itu,dia jatuh sakit..Namun pada mulanya,Ira tetap menguatkan dirinya kerana dia tidak mahu emaknya mengetahui segalanya..Tetapi akhirnya,dia jatuh juga..


Ketika di rumah...


Mak : Ira,kamu dah balik..Pergi la kemas² dan buat kerja rumah..

Ira : Baiklah mak!!


Dengan tekun Ira melakukan tugasannya..Setelah selesai semua tugasan itu,Ira melihat jam di tangannya..Jam itu menunjukkan pukul 10.45 malam..Ira pun duduk di hadapan televisyen sambil menanti cerita sinetron kegemarannya yang bakal dimainkan pada pukul 11.00 malam..Kira² 5 minit selepas itu,Ira terasa dirinya bagaikan ditekan..Nafasnya kembali tercungap-cungap kepalanya berat sekali..Dengan segera Ira bergegas lari ke bilik air..Tetapi Ira telah tersungkur lalu jatuh pengsan..Emaknya ketika itu telah terlelap di atas sofa yang berada di hadapan TV..


Setelah hampir 3 hari berlalu,Ira tersedar dan mengetahuhi dirinya terlantar di hospital..Ira kagt dan di sampingnya terdapat sepupu,Aqilah yang akrab dengannya..Lantas..


Ira : Qila,apa yang dah terjadi..?

Aqilah : Ira,nasib baik kau dah sedar..

Ira : Kenapa??Apa yang dah jadi..?

Aqilah : Kau pengsan la.. Dah 2 hari kau tak sedarkan diri,tahu tak?!


Ira membuka alat bantuan pernafasan itu kerana Ira terkejut..Hatinya berdebar-debar kerana ketakutan hal yan dirahsiakan selama ini dari emaknya telah dibongkarkan..Ira cuba untuk membangkitkan dirinya namun dia tidak mampu..Sepupunya memarahinya dedngan berkata...


Aqilah : Ira,kau tu tak kuat lagi la..!!

Ira : Tak..Aku nak keluar sekarang..Nanti mak aku cari..

Aqilah : Kau ni gile ke Nurul.. Kau tak payah la risau semua tuh..

Ira : Qila,mak long dah tahu ke semua ni..?Kau jujur dengan aku..!

Aqilah : Tulah kau..Aku nak cerita la ni..Cuba bawa bertenang sket..!


Tiba² pintu dibuka..Emaknya muncul..


Emak Ira : Alhamdulillah la kalau kamu dah sedar..Nah ni,ambil ni mak ada belikan kuih sikit tuh..Ambil la makan..


Ira hanya mampu mendiamkan diri saja..Ira melihat gelagat emaknya..Maknya hanya mendiamkan diri saja..Ira berasa hairan dan tertanya-tanya apa maknya sudah ketahui perkara sebenar..Namun,Ira tak ingin semua itu berlaku sama sekali..Ianya hanya akan menyakiti Ira sahaja jika maknya mengetahui perkara yang sebenar tetapi maknya tidak mengendahkan atas apa yang dia alami..Ketika itu,Ira hanya mampu mendiamkan diri sahaja..Selepas itu maknya keluar dari kamarnya dan seterusnya kehadiran makciknya..Lalu...

Makcik : Assalamualaikum..
Ira : Waalaikumussalam..[sambil membuka alat bantuan pernafasan]
Makcik : Ira macam mana..?
Ira : Biasa² je..
Makcik : Ira,makcik ada satu perkara nak bagitahu..?[memasang kembali alat itu pada Ira]
Ira : Tak perlulah makngah..Ira mampu bertahan..
Makcik : Ira pakai saja..Ira dengar saja apa yang makngah nk bagitahu..
Ira : [menganggukan dirinya sambil tersenyum]
Makcik : Sebenarnya,Ira kena buat rawatan yang menyebabkan mengambil masa yang lama
untuk tinggal di hospital..Makngah kena buat persiapan untuk kak long[kakak sepupu
Ira] kahwin minggu ni..Hari ni dah hari Ahad dan majlis akad nikahnya hari Jumaat
ni..Jadi,makngah rasa Ira harus memberitahu perkara sebenar pada mak..Ira
kena kuat harungi semua ni..Sampai bila Ira..

Tiba² kehadiran doktor untuk check Ira..Makciknya hanya mendiamkan diri dan berundur lalu keluar dari kamarnya..Ira sedikit demi sedikit terpaksa memecahkan kaca di matanya itu..Ira terasa bersalah sesangat kerana dia merasakan yang selama ini dia telah menyusahkan makciknya selama ini..Sedang dia memikirkannya...

Doktor : Adik...Adik...Adik..
Ira : Oh ya doktor..
Doktor : Sekarang ni adik perlu mula menjalani kimoterapi juga..Adik setuju tak..?
Ira : Ermmmm..Baiklah kalau itu yang terbaik buat saya..
Doktor : Baguslah kalau begitu..Adik tandatangan surat ini ya..

Lantas,Ira menandatangani surat itu sebagai tanda persetujuan..Ira berasa lega kerana maknya tidak mengetahui perkara yang sebenar..Ira membuat keputusan untuk membiayai semuanya sendiri..Makciknya masuk..

Makcik : Ira,kamu setuju buat rawatan tu..?
Ira : Ha'ah..Kenapa..?
Makcik : Siapa nak jaga kamu di sini..?Mak dah mula bising diluar tu nak bawak kamu
keluar cepat.
Ira : Makngah,boleh tolong tak..Pakat dengan doktor yang kita buat rawatan dekat ISH saja la..
Makcik : Apa alasan nak buat kat mak kamu..?
Ira : Cakap nak check up madical di sana..Takut ada apa² yang jadi,kalau ada apa² yang
jadi,tengok kat Ipoh saja la..Lagipun mak nak balik kampung..Senang sikit..Dan tentang
biaya makngah jangan risau..Nanti Ira try ambil kat mak diam²..Guna saja la duit tabung
haji Ira tu..
Makcik : Tak apalah..Kalau itu yan kamu nak makngah ikut sajalah..

Setelah selesai berpakat semua,Ira dipindahkan ke hospital di Perak di mana hospital yang Ira sering membuat rawatan di situ..Dalam masa yang sama,Ira berpura-pura ingin meminjam telefon bimbit maknya..Padahal,Ira ingin mengambil buku akaunnya..Akhirnya,berjaya juga..
Pada keesokan harinya,Ira didatangi tetamu iaitu abangnya..Ira berasa senang hati..Dalam masa kebosanan,Ira bermain komputer riba abangnya..Ketika abngnya ingin pulang,Ira ingin menyerahkannya kembali tetapi abangnya meninggalkan sahaja laptopnya itu..Dia meminjamkannya pada Ira..Ira hanya mampu tersenyum sahaja bila abangnya memberi keizinan menggunakannya..Ira tak lain tak bukan,dia berborak-borak di ruangan Yahoo Messenger..Laptop itu la yang menjadi bahan penghibur Ira..

Pada suatu ketika itu,Ira chat dengan bekas gurunya yang dahulu sering mendengar segala masalahnya..Namun kini,gurunya itu tidak lagi berkhidmat di sekolah Ira lagi kerana ingin meneruskan pembelajarannya di universiti..Ketika dia sedang berborak itu...

Guru : Hah,sampai bila kamu nak rahsiakan semua ni dari mak kamu..?
Ira : Belum sampai masanya lagi..
Guru : Sampai bile..Bila dah dekat kamu nak mati..?

Ira terkejut akan kata² gurunya itu..Lalu,Ira terus mengakhiri perbualan itu..Ira tidak menyangka yang gurunya itu sanggup berkat begitu..Sedangkan gurunya itulah yan gdulu sering membantu dirinya jika dia mempunyai sebarang masalah sejak akhir tahun ketika Ira di bangku Tingjatan 4..Kata² gurunya itu selalu bermain-main di ruangan minda Ira..Lalu,Ira bertekad untuk meminta keizinan untuk keluarkan dirinya dari hospital itu sekarang jua..Doktor tidak mengizinkannya kerana Ira terpaksa menjalani rawatan yang sama pada minggu hadapan..Namun,Ira tetap memaksa Ira sehingga doktor terpaksa mengizinkannya..Ira melakukan semua ini kerana terabar akan kata² gurunya..Selang beberapa hari,Ira hanya tinggal di rumah makciknya sahaja..Maka menjelang majlis perkahwinan kakak sepupunya itu..Maknya tidak berhenti-henti menyuruh Ira melakukan pelbagai pekerjaan..Ira redho dan terus melakukannya dengan tekun..Kadangkala,penyakitnya serang tapi Ira melarikan diri kekamar mandi lau menahan kesakitannya itu kerana Ira masih lagi enggan memberitahu pada maknya..Ira selalu berkat pada dirinya yang "Ira harus tetap bersemangat!!Ira kuat!!" Dengan kata² itu saja la yang kadang² menjadi tunjang semangat yang semakin pudar..

Seperti biasa Ira meneruskan rutin hariannya..sehinggalah menjelang persekolahannya kembali..Namun kini,dia masih t'tanya² lagi..Dimanakah insan² yang dulu sering membantu dirinya kian menghilang..?

Kalau nak tahu kisah selanjutnya..Jadilah pengikut saya..!!

Sabtu, 4 April 2009

"Kisah Si Dia"

Ana hari ni ada sebuah cerita yang ana nak sampaikan.. Tapi tak tahu ianya ada pengajaran atau tak.. Mungkin ade kot..

Mulakanlah bacaan dengan bismillah...

Ada seorang anak ini yang telah diberi nama Nurul Raudhah Humaira'... Selalunya kengkawan dia ni panggil nama singkatan dia Ira.. Dia seorang yang periang dan ceria.. Ramai la kengkawan dia tapi kadang² kawan² dia menyampah dengan dia sebab riang dia nampak macam gedik sikit la.. Ira ni seorang pelajar baru tingkatan 4 di Sekolah Menengah Islam Sg. Gading.. Hidup dia penuh dengan pelbagai liku² kehidupan.. Namun, dia redah segalanya dengan tabah.. Sejak kecil lagi dia sudah diberikan didikan agama sebab dia tadika kat Tadika Islam Al-Ansar.. Then, Ira bersekolah rendah di salah sebuah sekolah di sebuah perkampungan yang berdekatan dengan rumahnya.. Waktu umurnya 6 tahun lagi,Ira terpaksa mengharungi ujian yang agak sukar baginya untuk menerima kenyataan sehingga kini. Ketika dia berumur 6 tahun, ibu bapa Ira telah bercerai.. Dia selalu menanyakan pada emaknya di mana ayahnya tetapi emaknya hanya memberi alasan bahawa ayahnya pergi kerja. Tapi, bermulanya sesi persekolahan dia di darjah 1, baru dia dapat memahami situasi ibu bapanya. Dia sedih sangat sebab kadangkala itu,dia dilema kerinduan pada bapanya kerana hak penjagaan dia dan adik beradiknya yang lain telah ditetapkan untuk emaknya.. Tapi,Ira ini agak rapat dengan ayahnya tika sepanjang ibu bapanya masih lagi bersama.. Tiap kali pulang dari tadika,ayahnya sering menyambutnya di pintu utama rumah itu.. walauapapun dugaan, Ira tetap meneruskan perjuangan.. Setelah meningkat umurnya 13 tahun, dia didaftarkan oleh emaknya di sebuah sekolah agama swasta.. Nama sekolahnya ialah Maahad Al-Imam Asy-Syafiee..Dia juga menetap di asrama.. Al-maklum la Ira seorang periang dan ceria.. Jadi tak hairanlah kalau dia punyai ramai rakan tak kira la lelaki atau perempuan.. Hal ini menyebabkan pergaulannya terlalu bebas..Hingga suatu ketika ini,dia hampir terkandas dalam menjalinkan satu ubungan haram tetapi alhamdulillah masih ada lagi yang menyayanginya lalu menyedarkannya tetapi masih lagi ada "sang buaya" yang telah mereka-reka cerita bahawa Ira masih ingin meneruskan perhubungan haram itu lalu dia dipanggil oleh pihak sekolah.. Sama sekali dia tidak gentar malah Ira telah menyahut hukuman yang pihak sekolah tentukan.. Jadi,ibunya dipanggil untuk menghadiri ke sekolah dan merotan sendiri anaknya atas hukuman itu.. Ira menerimanya dengan walaupun ianya perit buatnya untuk harungi kerana kenyataannya adalah sebaliknya.. Namun, di ketika itu, ada seorang insan yang memndam perasaan pada Ira membuat pengakuan bahawa semua itu hanyalaah palsu belaka.. Ibunya terdiam seketika lalu memohon maap pada perbuatannya.. Tetapi hatinya hancur apabila ibunya telah bersuara "Nasib baik anak² aku tak macam kau!!"..Tika itu,Ira tidak lagi masih dapat memahami apa maknanya dengan kata² itu..Tetapi ibunya,mendiamkan diri langsung Ira melupainya..Setelah menjelang cuti panjang sekolah,Ira merasa gembira kerana dia mendapat mendapat kejayaan yang cemerlang.. Pelbagai anugerah yang diterima olehnya.. Ira bersyukur sangat ats penganugerahan Allah itu..Namun,disebalik kegembiraan terselit kesedihan.. Suatu hari,ibunya memanggilnya.. Dia pun menyahutnya lalu ibunya seperti ingin berkatakan sesuatu tetapi kata² itu menjadi berat untuk diluahkan..Rupa²nya,ibunya telah menyatakan"Ira,sebenarnya kamu bukan anak ibu.."Ira kaget dan terkejut..Dia lalu mengurungkan diri seketika di dalam biliknya.. Menjelang Adidilfitri yang mulia,Ira mula bergembira kembali kerana dia tidak mahu mewujudkan perasaan sedih di hadapan saudara-maranya.. Ramai tetamu berpusu-pusu datang ke kampungnya.. Al-maklum la,arwah datuknya adalah seorang penghulu kampung tika dia masih lagi meneruskan kehidupannya di dunia.. Di samping itu,ibu angkatnya juga datang ke kampungnya.. Ira memanggil ibu angkatnya itu dengan gelaran "Ummi"..Lalu, Ira memanggil ibunya.. Ibunya seakan-akan kaget dan ketika aku masih lagi didalam genggaman Ummi ketika bersalaman..Ibunya telah menyatakan bahawa Ummi itu adalah ibu kandungnya.. Ira seolah-olah tidak mempercayainya sendiri.. Ira terduduk lantas terus bangun dan melarikan ke dalam bilik.. Ibunya merayu-rayu untuk tonjolkan dirinya pada umminya,namun Ira tetap enggan.. Ummi mengalah lalu pulang... Sepupu²nya menghilangkan kesedihan Ira dan terus beri semangat pada Ira..Jadi, Ira kembali berperwatakan seperti sediakala..Setelah menjelang tahun seterusnya,tika dia bersekolah di situ, didapati ayahnya mengetahui dia bersekolah di mana dan secara tiba² dia uncul dalam hidupnya setelah 6 tahun berlalu.. Namun ibunya tak pernah sesekali melarang Ira ini untuk bertemu bersama ayahnya kerana dimana datangnya si anak kalau tak dari kedua ibu bapanya.. Ira terlalu gembira sangat dapat bertemu dengan ayahnya kembali sehingga dia telah mengingkari janji terhadap emaknya agar tidak ikut bapanya pulang ke rumahnya.. Ira telah mengikut ayanya pulang ke rumahnya dimana disitu terdapat 2 orang perempuan,2 orang lelaki dwasa dan seorang kanak² lelaki.. Ira agak berasa kecewa dengan apa yang beralku di depan matanya .. Namun dia tahu dan dia harus memahami semuanya.. Setelah ayahnya kembalikann dia ke sekolah,dia dapati bahawa ibu bapanya telah bertengkar kerana ibunya suruh menghantar pulang kembali Ira ke sekolahnya tetapi tanpa pengetahuan Ira bapanya enggan..Ini telah mengundang kemarahan ibunya..Lalu,pada minggu hadapannya,ibunya telah memindahkan sekolah.. Pada mulanya,pihak sekolah tidak mengizinkan Ira bertukar sekolah lain kerana target pelajar utama untuk pelajar cemerlang PMR adalah Ira.. Namun,ibunya tetap berdegil untuk menukarkan sekolahnya.. Ira meredhoinya walaupun hatinya berat meninggalkan sahabat²nya.. Waluapapun,kenangan tetap terpahat di ruangan hati Ira..

Setelah tiba di sekolah baru,Ira rasa kekesalan apabila dia disekolahkan sekolah swasta juga tetapi jauh berbeza dengan sekolah Ira yang lama.. Sekolah itu terlalu do'if.. Namun Ira terpaksa meneruskan perjuangannya disitu demi tidak mengecewakan ibunya.. Ibu menaruh harapan yang tinggi pada Ira tetapi keadaan tidak mengizinkan.. Suatu hari,Ira menumpang di rumah mak saudranya.. Tiba² Ira jatuh pengsan.. Badannya naik panas dan batuknya melarat berlarutan.. Tanpa pangetahuan ibunya,makciknya telah membawa Ira ke hospital.. Lalu doktor mengesahkan bahwa Ira menghidap penyakit radang paru².. Ira memohon pada makciknya supaya makluman ini dtidak diketahui oleh ibunya.. Makciknya terpaksa menuruti kata² Ira.. Ira tetap meneruskan persekolahannya tetapi dia sering kali tidak dapat menghadiri ke kelas.. Ira banyak ketinggalan sehingga keputusan PMR Ira merudum jatuh.. Ibunya seringkali memarahinya dan membandingkan Ira dengan orang lain setelah keputusan PMR itu keluar.. Ira tidak mampu berkata apa² kerana dia takuti ibunya akan ketahui akibatnya apa yang telah Ira menderitakan.. Dalam pada masa yang sama,ayahnya telah menuntut hak penjagaan ke atas Ira.. Ira tidak ingin kerana Ira terlalu sayangkan ibunya walaupun ibunya seringkali memarahinya,menyakitinya kerana dia yakin mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi..

Pada tahun seterusnya itulah,Ira ditukarkan sekolah di Sekolah Menengah Islam Sg. Gading.. Ira gembira sangat ditukarkan ke sekolah yang baru itu kerana disitulah dia telah mendapat tarbiyah yang sebaiknya.. Disebabkan Ira ni seorang yang terlau biasa dengan hidup sosial, Ira sering diteuri oleh rakan² sekelasnya supaya menjaga batasannya.. Ira menerimanya dengan seadanya.. Pada masa yang sama, Ira selal berpakat dengan makciknya kalau² Ira mempunyai temujanji dengan doktor.. Pelbaai alasan yang Ira bagi supaya Ira dapat melarikan diri supaya ibunya tahu hakikat yang sebenarnya.. Pada suatu hari ini, Ira sesak nafas lalu pengsan.. Makciknya kaget lal dan terus membawanya ke hospital.. Mengikut check up baru,doktor dapati Ira menghidapi penyakit yang agak sukar menemui ubatnya iaitu kanser paru-paru.. Ira lagi terkejut lalu menanyakan pada doktor apa yang menyebabkan dia dapt penyakit ini.. Lalu doktor mengutamakan ini adalah akibat daripada rokok!! Jadi,Ira dapat mengagakkan segalanya berpunca pada abang²nya yang sering menubuhkan skuad BUNUH DIRI!! Makciknya ingin maklumkan pada ibunya tetapi Ira masih lagi tidak mahu ibunya mengetahuii perkara yang sebenar..

Ira masih lagi dengan kehidupannya..Tetapi ketika cuti panjang ketika dia di bangku tingkatan 4, Ira ter dengar akan perbualannya antara doktor dan makciknya bahawa Ira ini bertambah teruk dan jangkaan hayatnya selama 11 bulan sahaja.. Ira tidak tahu bagaiman untuk terima hakikat sebenar tapi dia percaya akan qada' dan qadar.. Jadi,Ira tetap menjadi seoran yan bersemangat meskipun Ira telah mengganggu rakannya pabila Ira sering jatuh pengsan di sekolah.. Ketika di kemncak peperiksaan besar (SPM), Ira aktif dalam pelbagai aktiviti terutama aktiviti lasak seperti sukan,aktiviti sekolah dan sebagainya.. Di samping itu,Ira masih lagi membilang-bilang dari hari le hari.. Dalam pada yang sama, Ira terkepit dengan pergolakan ibu bapanya.. Ira mengalami tekanan yang menyebabkan Ira sering jatuh sakit.. Namun Ira tetap teruskan kehidupannya tanpa pengetahuan ibunya hakikat yang sebenar.. Menghitung hari sehari,kini dia sibuk untuk menghadapi peperiksaan besar dalam hidupnya hingga kesihatannya dia ambil endah tak endah sahaja.. Mengikut jangkaan,kemungkinan 4 bulan sahaja lagi untuknya.. Apa sempat untuk menduduki peperiksaan itu..?? Apakah Ira bersedia untuk memberitahu kepada ibunya hakikat yang sebenar..?? Kita ikuti kisah ini selanjutnya..

Ahad, 29 Mac 2009

Ana disini tak ada nak cakap apa-apa pun.. Ana just nak cakap cube antum wa antunna teliti gambar ni betul-betul.. Ape yang antum nampak??? kalau ana la, macam-macam pengajaran yang ana dapat dari gambar ni.. kat sini ana tengok betapa besarnye pengorbanan seorang ibu!! Gambar ni kawan ana yang mailkan kat ana..Mule² tuh ana tak brape faham kenape die bagi ana gambar ni..Setelah kian lama ana merenung ke gambar ni..Baru ana faham dengan semuanye..Lalu ana terus bersuara,"Ya Allah,apekah selame aku hidup ni aku adalah seorang anak derhaka?? Kalau itulah aku.. Ampunilah aku.. Betapa besarnye dose aku itu.." Baru kini ana sedar,ana benar² memerlukannya sekarang.. Tika aku hidup dalam kesenangan, aku leka,alpa,dok lagha sana-sini dan aku lupa dari mana datangnya aku.. Bila dah susah baru la aku terlaung-laung betapa ana memerlukan ibu..Buat pengetahuan si anak², ibu kite telah memikul kite selama 9 bulan.. Antum tahu ibarat apa berat yang ibu kite pikol itu..?? Cubelah antum bayangkan, antum larat tak membawa 9 batu bata dengan sekaligus?? Sebenarnya,itulah berat yang ibu kita telah pikul kita selama 9 bulan itu.. Kita ni angkat seminit dua minit saja dah tak larat.. Jadi ana tekankan disini.. HARGAILAH ibu antum wa antunna sekalian.. Insya Allah si anak-anak mendapat cium bau syurga disamping melakukan amal² ibadah untuk mempertingkat iman kita.. Seperti yang telah diperdengarkan, "Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.." Jadi, marilah sama² kita bertadah tangan memanjatkan doa kepada kedua ibu bapa kita,

"ALLAH HUMMAGHFIRLANA WALIWALIDAINA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYAA NA SHOGHURA....."

amiin..

Sabtu, 21 Februari 2009


CINTA LAKI-LAKI BIASA (True Story)
Menjelang hari H, Nania masih saja sulit mengungkapkan alasan kenapa dia mau menikah dengan lelaki itu. Baru setelah menengok ke belakang, hari-hari yang dilalui, gadis cantik itu sadar, keheranan yang terjadi bukan semata miliknya, melainkan menjadi milik banyak orang; Papa dan Mama, kakak-kakak, tetangga, dan teman-teman Nania. Mereka ternyata sama herannya.
Kenapa? Tanya mereka di hari Nania mengantarkan surat undangan.
Saat itu teman-teman baik Nania sedang duduk di kantin menikmati hari-hari sidang yang baru saja berlalu. Suasana sore di kampus sepi. Berpasang-pasang mata tertuju pada gadis itu.
Tiba-tiba saja pipi Nania bersemu merah, lalu matanya berpijar bagaikan lampu neon limabelas watt. Hatinya sibuk merangkai kata-kata yg barangkali beterbangan di otak melebihi kapasitas. Mulut Nania terbuka. Semua menunggu. Tapi tak ada apapun yang keluar dari sana. Ia hanya menarik nafas, mencoba bicara dan? menyadari, dia tak punya kata-kata!
Dulu gadis berwajah indo itu mengira punya banyak jawaban, alasan detil dan spesifik, kenapa bersedia menikah dengan laki-laki itu. Tapi kejadian di kampus adalah kali kedua Nania yang pintar berbicara mendadak gagap. Yang pertama terjadi tiga bulan lalu saat Nania menyampaikan keinginan Rafli untuk melamarnya. Arisan keluarga Nania dianggap momen yang tepat karena semua berkumpul, bahkan hingga generasi ketiga, sebab kakak-kakaknya yang sudah berkeluarga membawa serta buntut mereka.
Kamu pasti bercanda!
Nania kaget. Tapi melihat senyum yang tersungging di wajah kakak tertua, disusul senyum serupa dari kakak nomor dua, tiga, dan terakhir dari Papa dan Mama membuat Nania menyimpulkan: mereka serius ketika mengira Nania bercanda.
Suasana sekonyong-konyong hening. Bahkan keponakan-keponakan Nania yang balita melongo dengan gigi-gigi mereka yang ompong. Semua menatap Nania!
Nania serius! tegasnya sambil menebak-nebak, apa lucunya jika Rafli memang melamarnya.
Tidak ada yang lucu, suara Papa tegas, Papa hanya tidak mengira Rafli berani melamar anak Papa yang paling cantik!
Nania tersenyum. Sedikit lega karena kalimat Papa barusan adalah pertanda baik. Perkiraan Nania tidak sepenuhnya benar sebab setelah itu berpasang-pasang mata kembali menghujaninya, seperti tatapan mata penuh selidik seisi ruang pengadilan pada tertuduh yang duduk layaknya pesakitan.
Tapi Nania tidak serius dengan Rafli, kan? Mama mengambil inisiatif bicara, masih seperti biasa dengan nada penuh wibawa, maksud Mama siapa saja boleh datang melamar siapapun, tapi jawabannya tidak harus iya, toh?
Nania terkesima.
Kenapa?
Sebab kamu gadis Papa yang paling cantik.
Sebab kamu paling berprestasi dibandingkan kami. Mulai dari ajang busana, sampai lomba beladiri. Kamu juga juara debat bahasa Inggris, juara baca puisi seprovinsi. Suaramu bagus!
Sebab masa depanmu cerah. Sebentar lagi kamu meraih gelar insinyur. Bakatmu yang lain pun luar biasa. Nania sayang, kamu bisa mendapatkan laki-laki manapun yang kamu mau!
Nania memandangi mereka, orang-orang yang amat dia kasihi, Papa, kakak-kakak, dan terakhir Mama. Takjub dengan rentetan panjang uraian mereka atau satu kata 'kenapa' yang barusan Nania lontarkan.
Nania Cuma mau Rafli, sahutnya pendek dengan airmata mengambang di kelopak.
Hari itu dia tahu, keluarganya bukan sekadar tidak suka, melainkan sangat tidak menyukai Rafli. Ketidaksukaan yang mencapai stadium empat. Parah.
Tapi kenapa?
Sebab Rafli cuma laki-laki biasa, dari keluarga biasa, dengan pendidikan biasa, berpenampilan biasa, dengan pekerjaan dan gaji yg amat sangat biasa.
Bergantian tiga saudara tua Nania mencoba membuka matanya.
Tak ada yang bisa dilihat pada dia, Nania!
Cukup!
Nania menjadi marah. Tidak pada tempatnya ukuran-ukuran duniawi menjadi parameter kebaikan seseorang menjadi manusia. Di mana iman, di mana tawakkal hingga begitu mudah menentukan masa depan seseorang dengan melihat pencapaiannya hari ini?
Sayangnya Nania lagi-lagi gagal membuka mulut dan membela Rafli. Barangkali karena Nania memang tidak tahu bagaimana harus membelanya. Gadis itu tak punya fakta dan data konkret yang bisa membuat Rafli tampak 'luar biasa'. Nania Cuma punya idealisme berdasarkan perasaan yang telah menuntun Nania menapaki hidup hingga umur duapuluh tiga. Dan nalurinya menerima Rafli. Di sampingnya Nania bahagia.
Mereka akhirnya menikah.
***
Setahun pernikahan.
Orang-orang masih sering menanyakan hal itu, masih sering berbisik-bisik di belakang Nania, apa sebenarnya yang dia lihat dari Rafli. Jeleknya, Nania masih belum mampu juga menjelaskan kelebihan-kelebihan Rafli agar tampak di mata mereka.
Nania hanya merasakan cinta begitu besar dari Rafli, begitu besar hingga Nania bisa merasakannya hanya dari sentuhan tangan, tatapan mata, atau cara dia meladeni Nania. Hal-hal sederhana yang membuat perempuan itu sangat bahagia.
Tidak ada lelaki yang bisa mencintai sebesar cinta Rafli pada Nania.
Nada suara Nania tegas, mantap, tanpa keraguan.
Ketiga saudara Nania hanya memandang lekat, mata mereka terlihat tak percaya.
Nia, siapapun akan mudah mencintai gadis secantikmu! Kamu adik kami yang tak hanya cantik, tapi juga pintar! Betul. Kamu adik kami yang cantik, pintar, dan punya kehidupan sukses!
Nania merasa lidahnya kelu. Hatinya siap memprotes. Dan kali ini dilakukannya sungguh-sungguh. Mereka tak boleh meremehkan Rafli.
Beberapa lama keempat adik dan kakak itu beradu argumen.
Tapi Rafli juga tidak jelek, Kak!
Betul. Tapi dia juga tidak ganteng kan?
Rafli juga pintar!
Tidak sepintarmu, Nania.
Rafli juga sukses, pekerjaannya lumayan. Hanya lumayan, Nania. Bukan sukses. Tidak sepertimu.
Seolah tak ada apapun yang bisa meyakinkan kakak-kakaknya, bahwa adik mereka beruntung mendapatkan suami seperti Rafli. Lagi-lagi percuma.
Lihat hidupmu, Nania. Lalu lihat Rafli!
Kamu sukses, mapan, kamu bahkan tidak perlu lelaki untuk menghidupimu.
Teganya kakak-kakak Nania mengatakan itu semua. Padahal adik mereka sudah menikah dan sebentar lagi punya anak.
Ketika lima tahun pernikahan berlalu, ocehan itu tak juga berhenti. Padahal Nania dan Rafli sudah memiliki dua orang anak, satu lelaki dan satu perempuan. Keduanya menggemaskan. Rafli bekerja lebih rajin setelah mereka memiliki anak-anak. Padahal itu tidak perlu sebab gaji Nania lebih dari cukup untuk hidup senang. Tak apa, kata lelaki itu, ketika Nania memintanya untuk tidak terlalu memforsir diri. Gaji Nania cukup, maksud Nania jika digabungkan dengan gaji Abang.
Nania tak bermaksud menyinggung hati lelaki itu. Tapi dia tak perlu khawatir sebab suaminya yang berjiwa besar selalu bisa menangkap hanya maksud baik..
Sebaiknya Nania tabungkan saja, untuk jaga-jaga. Ya? Lalu dia mengelus pipi Nania dan mendaratkan kecupan lembut. Saat itu sesuatu seperti kejutan listrik menyentakkan otak dan membuat pikiran Nania cerah.
Inilah hidup yang diimpikan banyak orang. Bahagia!
Pertanyaan kenapa dia menikahi laki-laki biasa, dari keluarga biasa, dengan pendidikan biasa, berpenampilan biasa, dengan pekerjaan dan gaji yang amat sangat biasa, tak lagi mengusik perasaan Nania. Sebab ketika bahagia, alasan-alasan menjadi tidak penting.
Menginjak tahun ketujuh pernikahan, posisi Nania di kantor semakin gemilang, uang mengalir begitu mudah, rumah Nania besar, anak-anak pintar dan lucu, dan Nania memiliki suami terbaik di dunia. Hidup perempuan itu berada di puncak!
Bisik-bisik masih terdengar, setiap Nania dan Rafli melintas dan bergandengan mesra. Bisik orang-orang di kantor, bisik tetangga kanan dan kiri, bisik saudara-saudara Nania, bisik Papa dan Mama.
Sungguh beruntung suaminya. Istrinya cantik.
Cantik ya? dan kaya!
Tak imbang!
Dulu bisik-bisik itu membuatnya frustrasi. Sekarang pun masih, tapi Nania belajar untuk bersikap cuek tidak peduli. Toh dia hidup dengan perasaan bahagia yang kian membukit dari hari ke hari.
Tahun kesepuluh pernikahan, hidup Nania masih belum bergeser dari puncak. Anak-anak semakin besar. Nania mengandung yang ketiga. Selama kurun waktu itu, tak sekalipun Rafli melukai hati Nania, atau membuat Nania menangis.
***
Bayi yang dikandung Nania tidak juga mau keluar. Sudah lewat dua minggu dari waktunya.
Plasenta kamu sudah berbintik-bintik. Sudah tua, Nania. Harus segera dikeluarkan!
Mula-mula dokter kandungan langganan Nania memasukkan sejenis obat ke dalam rahim Nania. Obat itu akan menimbulkan kontraksi hebat hingga perempuan itu merasakan sakit yang teramat sangat. Jika semuanya normal, hanya dalam hitungan jam, mereka akan segera melihat si kecil.
Rafli tidak beranjak dari sisi tempat tidur Nania di rumah sakit. Hanya waktu-waktu shalat lelaki itu meninggalkannya sebentar ke kamar mandi, dan menunaikan shalat di sisi tempat tidur. Sementara kakak-kakak serta orangtua Nania belum satu pun yang datang.
Anehnya, meski obat kedua sudah dimasukkan, delapan jam setelah obat pertama, Nania tak menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan. Rasa sakit dan melilit sudah dirasakan Nania per lima menit, lalu tiga menit. Tapi pembukaan berjalan lambat sekali.
Baru pembukaan satu. Belum ada perubahan, Bu. Sudah bertambah sedikit, kata seorang suster empat jam kemudian menyemaikan harapan.
Sekarang pembukaan satu lebih sedikit. Nania dan Rafli berpandangan. Mereka sepakat suster terakhir yang memeriksa memiliki sense of humor yang tinggi.
Tigapuluh jam berlalu. Nania baru pembukaan dua. Ketika pembukaan pecah, didahului keluarnya darah, mereka terlonjak bahagia sebab dulu-dulu kelahiran akan mengikuti setelah ketuban pecah. Perkiraan mereka meleset.
Masih pembukaan dua, Pak! Rafli tercengang. Cemas. Nania tak bisa menghibur karena rasa sakit yang sudah tak sanggup lagi ditanggungnya. Kondisi perempuan itu makin payah. Sejak pagi tak sesuap nasi pun bisa ditelannya.
Bang? Rafli termangu. Iba hatinya melihat sang istri memperjuangkan dua kehidupan.
Dokter?
Kita operasi, Nia. Bayinya mungkin terlilit tali pusar.
Mungkin? Rafli dan Nania berpandangan. Kenapa tidak dari tadi kalau begitu? Bagaimana jika terlambat?
Mereka berpandangan, Nania berusaha mengusir kekhawatiran. Ia senang karena Rafli tidak melepaskan genggaman tangannya hingga ke pintu kamar operasi. Ia tak suka merasa sendiri lebih awal.
Pembiusan dilakukan, Nania digiring ke ruangan serba putih. Sebuah sekat ditaruh di perutnya hingga dia tidak bisa menyaksikan ketrampilan dokter-dokter itu. Sebuah lagu dimainkan. Nania merasa berada dalam perahu yang diguncang ombak. Berayun-ayun. Kesadarannya naik-turun. Terakhir, telinga perempuan itu sempat menangkap teriakan-teriakan di sekitarnya, dan langkah-langkah cepat yang bergerak, sebelum kemudian dia tak sadarkan diri.
Kepanikan ada di udara. Bahkan dari luar Rafli bisa menciumnya. Bibir lelaki itu tak berhenti melafalkan zikir.
Seorang dokter keluar, Rafli dan keluarga Nania mendekat.
Pendarahan hebat!
Rafli membayangkan sebuah sumber air yang meluap, berwarna merah. Ada varises di mulut rahim yang tidak terdeteksi dan entah bagaimana pecah! Bayi mereka selamat, tapi Nania dalam kondisi kritis.
Mama Nania yang baru tiba, menangis. Papa termangu lama sekali. Saudara-saudara Nania menyimpan isak, sambil menenangkan orangtua mereka.
Rafli seperti berada dalam atmosfer yang berbeda. Lelaki itu tercenung beberapa saat, ada rasa cemas yang mengalir di pembuluh-pembuluh darahnya dan tak bisa dihentikan, menyebar dan meluas cepat seperti kanker.
Setelah itu adalah hari-hari penuh doa bagi Nania.
***
Sudah seminggu lebih Nania koma. Selama itu Rafli bolak-balik dari kediamannya ke rumah sakit. Ia harus membagi perhatian bagi Nania dan juga anak-anak. Terutama anggota keluarganya yang baru, si kecil. Bayi itu sungguh menakjubkan, fisiknya sangat kuat, juga daya hisapnya. Tidak sampai empat hari, mereka sudah oleh membawanya pulang.
Mama, Papa, dan ketiga saudara Nania terkadang ikut menunggui Nania di rumah sakit, sesekali mereka ke rumah dan melihat perkembangan si kecil. Walau tak banyak, mulai terjadi percakapan antara pihak keluarga Nania dengan Rafli.
Lelaki itu sungguh luar biasa. Ia nyaris tak pernah meninggalkan rumah sakit, kecuali untuk melihat anak-anak di rumah. Syukurnya pihak perusahaan tempat Rafli bekerja mengerti dan memberikan izin penuh. Toh, dedikasi Rafli terhadap kantor tidak perlu diragukan.
Begitulah Rafli menjaga Nania siang dan malam. Dibawanya sebuah Quran kecil, dibacakannya dekat telinga Nania yang terbaring di ruang ICU. Kadang perawat dan pengunjung lain yang kebetulan menjenguk sanak famili mereka, melihat lelaki dengan penampilan sederhana itu bercakap-cakap dan bercanda mesra..
Rafli percaya meskipun tidak mendengar, Nania bisa merasakan kehadirannya.
Nania, bangun, Cinta? Kata-kata itu dibisikkannya berulang-ulang sambil mencium tangan, pipi dan kening istrinya yang cantik.
Ketika sepuluh hari berlalu, dan pihak keluarga mulai pesimis dan berfikir untuk pasrah, Rafli masih berjuang. Datang setiap hari ke rumah sakit, mengaji dekat Nania sambil menggenggam tangan istrinya mesra. Kadang lelaki itu membawakan buku-buku kesukaan Nania ke rumah sakit dan membacanya dengan suara pelan. Memberikan tambahan di bagian ini dan itu. Sambil tak bosan-bosannya berbisik,
Nania, bangun, Cinta? Malam-malam penantian dilewatkan Rafli dalam sujud dan permohonan. Asalkan Nania sadar, yang lain tak jadi soal. Asalkan dia bisa melihat lagi cahaya di mata kekasihnya, senyum di bibir Nania, semua yang menjadi sumber semangat bagi orang-orang di sekitarnya, bagi Rafli.
Rumah mereka tak sama tanpa kehadiran Nania. Anak-anak merindukan ibunya. Di luar itu Rafli tak memedulikan yang lain, tidak wajahnya yang lama tak bercukur, atau badannya yang semakin kurus akibat sering lupa makan.
Ia ingin melihat Nania lagi dan semua antusias perempuan itu di mata, gerak bibir, kernyitan kening, serta gerakan-gerakan kecil lain di wajahnya yang cantik. Nania sudah tidur terlalu lama.
Pada hari ketigapuluh tujuh doa Rafli terjawab. Nania sadar dan wajah penat Rafli adalah yang pertama ditangkap matanya.
Seakan telah begitu lama. Rafli menangis, menggenggam tangan Nania dan mendekapkannya ke dadanya, mengucapkan syukur berulang-ulang dengan airmata yang meleleh.
Asalkan Nania sadar, semua tak penting lagi.
Rafli membuktikan kata-kata yang diucapkannya beratus kali dalam doa. Lelaki biasa itu tak pernah lelah merawat Nania selama sebelas tahun terakhir. Memandikan dan menyuapi Nania, lalu mengantar anak-anak ke sekolah satu per satu. Setiap sore setelah pulang kantor, lelaki itu cepat-cepat menuju rumah dan menggendong Nania ke teras, melihat senja datang sambil memangku Nania seperti remaja belasan tahun yang sedang jatuh cinta.
Ketika malam Rafli mendandani Nania agar cantik sebelum tidur. Membersihkan wajah pucat perempuan cantik itu, memakaikannya gaun tidur. Ia ingin Nania selalu merasa cantik. Meski seringkali Nania mengatakan itu tak perlu. Bagaimana bisa merasa cantik dalam keadaan lumpuh?
Tapi Rafli dengan upayanya yang terus-menerus dan tak kenal lelah selalu meyakinkan Nania, membuatnya pelan-pelan percaya bahwa dialah perempuan paling cantik dan sempurna di dunia. Setidaknya di mata Rafli.
Setiap hari Minggu Rafli mengajak mereka sekeluarga jalan-jalan keluar. Selama itu pula dia selalu menyertakan Nania. Belanja, makan di restoran, nonton bioskop, rekreasi ke manapun Nania harus ikut. Anak-anak, seperti juga Rafli, melakukan hal yang sama, selalu melibatkan Nania. Begitu bertahun-tahun.
Awalnya tentu Nania sempat merasa risih dengan pandangan orang-orang di sekitarnya. Mereka semua yang menatapnya iba, lebih-lebih pada Rafli yang berkeringat mendorong kursi roda Nania ke sana kemari. Masih dengan senyum hangat di antara wajahnya yang bermanik keringat.
Lalu berangsur Nania menyadari, mereka, orang-orang yang ditemuinya di jalan, juga tetangga-tetangga, sahabat, dan teman-teman Nania tak puas hanya memberi pandangan iba, namun juga mengomentari, mengoceh, semua berbisik-bisik.
Baik banget suaminya! Lelaki lain mungkin sudah cari perempuan kedua!
Nania beruntung! Ya, memiliki seseorang yang menerima dia apa adanya.
Tidak, tidak cuma menerima apa adanya, kalian lihat bagaimana suaminya memandang penuh cinta. Sedikit pun tak pernah bermuka masam!
Bisik-bisik serupa juga lahir dari kakaknya yang tiga orang, Papa dan Mama.
Bisik-bisik yang serupa dengungan dan sempat membuat Nania makin frustrasi, merasa tak berani, merasa?
Tapi dia salah. Sangat salah. Nania menyadari itu kemudian. Orang-orang di luar mereka memang tetap berbisik-bisik, barangkali selamanya akan selalu begitu. Hanya saja, bukankah bisik-bisik itu kini berbeda bunyi?
Dari teras Nania menyaksikan anak-anaknya bermain basket dengan ayah mereka.. Sesekali perempuan itu ikut tergelak melihat kocak permainan.
Ya. Duapuluh dua tahun pernikahan. Nania menghitung-hitung semua, anak-anak yang beranjak dewasa, rumah besar yang mereka tempati, kehidupan yang lebih dari yang bisa dia syukuri. Meski tubuhnya tak berfungsi sempurna. Meski kecantikannya tak lagi sama karena usia, meski karir telah direbut takdir dari tangannya.
Waktu telah membuktikan segalanya. Cinta luar biasa dari laki-laki biasa yang tak pernah berubah, untuk Nania.
Seperti yg diceritakan oleh seorang sahabat..

mu5l!maH a5 pendAkwAh??

Muslimah Sebagai Pendakwah

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.

Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.

Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah.

Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

1. MARHALAH TA'RIF
Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:


1.1)
Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.

1.2)
Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

1.3)
Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

2. MARHALAH TAKWIN

Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat masuliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur).

Dalam marhalah ini kewujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.

3. MARHALAH TANFIZ

Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:

3.1. Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.

3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.

3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.

Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:
"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.

Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah.

Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.

PENUTUP
Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa ima mahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah.

Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.