Selasa, 18 November 2008

BuTa C!nTa: 5e5at D! Dun!a, MerAna D! Akh!raT

Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001. Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta ditaman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu 'mengharukan'!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta 'sejati' yang 'suci' ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah.!

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau.

Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solatjemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : " Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?" Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : ""Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!" Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.

Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya.Subhanallah!!!

Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA.

Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar.Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!

Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.

Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja. Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta "suci" yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk dinikmati.

Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau dalam segelas 'penawar' rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang 'neraka' hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta.

Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na'udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri demi cinta.

Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul 'Alamin.

Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.

Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku diDhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya.

Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.

Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.

Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah.Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?

Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda.Demikian indah dan asli irama cinta sejati

Isnin, 17 November 2008

waHa! t3mAn!!!

Wahai teman ku,

Tak perlu kita mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Tak perlu diri seteguh IBRAHIM,

Andai tak sekuat HAJAR dan SARAH,

Mengapa mencari teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKA,

Mengapa di dambar teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Andai diri tak sesempurna RASULLULLAH..

Renungkanlah wahai teman..

LoVe n FrEnZ...........!!

BeInG dEePlY lOvEd By SoMeOnE gIvEs YoU sTrEnGtH,
lOvInG sOmEoNe DeEpLy GiVeS yOu CoUrAgE,
FrIeNdShIp aLwAyS eNdS wItH LoVe,
bUt LoVe NeVeR eNdS iN fRiEnDsHiP....
lOvE dOeSn'T kNoW wOrLd ClAsS,
LoVe DoEsN't KnOw SpAcEs,
LoVe DoEsN't KnOw dIsAbIlItIeS,
bUt LoVe Do KnOw ThAt AlL tHe LoVe In ThE wOrLd BeLoNgS To OuR cReAtEr WhO mEnD tO cReAtE uS wItH eAcH oThEr...

DuA GoLoNgAn yAnG aKaN MeNgHuNi nErAkA...

Keterangan

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

C!NtA !Tu !nDaH....???

Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya...
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah...
**************************
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..:
Bilamana tanggungjawab sebagai hambaNya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..
*****************************************************
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari 'dimiliki' mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu ,
payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah,
ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke NerakaMu..
Amin.
Namun begitu ya Allah,
layakkah aku untuk CINTA AGUNGMU??

TaBaH...

dalam kita melangkah...
terkadang diuji dengan ujian terasa Berat..
hingga kita terduduk menangis...
peritnya terasa,tetapi ketahuilah dan renungilah kembali
ke dalam diri
kerana mungkin air mata ketika itu hadir
kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah Iman yang terkoyak
lantaran ada langkah-langkah tersasar..
dari keikhlasan...
semoga tabah dan ditetapkan Iman...


Ameen...

!st!m3wa bUat wan!tA s0L3haH…

Nisaa’,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta dari tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya untuk diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lanaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumban untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau menyerahkan diri pada sang kumbang?
Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warna yangnya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga sehinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Nisaa’
, Akuilah hakikat kejadian dirimu ini yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi saying tak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah ada menyatakan tentang bahaya dirimu, ‘tidak ada fitnah yang lebih besar selepas wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita’. Adakah kau mau menjadi penyabab terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah wahai Nisaa’ku sayang;
Ingatlah behawa cirri-ciri wanita solehah ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanyakecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinyadengan bernaungkan keadaan Allah, betunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlaq penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjdi idaman setiap insane soleh bernama Adam. “Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…”

Ya Allah, jadikanlah kami bidadari syurga yang abadi….
(adaptasi dari novel Tautan Hati)

tahUkaH kaMu baHawA n3rakA jaHanAmKu itu?..

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." - [2:159]

wArkaH bUat !nsAn b'g3lAr wAn!ta

Wanita dipandang cantik pada wajah,
dikata penyejuk hati andai berbicara indah,
tapi kecantikan sebenar adalah terletak pada HATI,
kerana hati lah yang memancarkan keindahan,
dan hati juga yang menjernihkan wajah tampaknya indah

wAha! 5aHabaTk00!!!

Wahai sahibahku,
Andai ada seseorang yangMeminta cintamu,
katakanlahianya hanya untuk Allah,
Andai ada lagi insan yangHadir mendambakan kasihmu,
Katakan pula ianya untuk Rasulullah
Jika ada insan yang Meminta rindu dan kasih sayangmu
Katakan ianya pada Allah dan Ingatlah sahibahku
andai hadir seseorang dalam hidupmu,
Lalu ia meluahkan hasratnya
Untuk bertakhta di hatimu
Pilihlah insan yang amat
Menghargai dirimu kerana Allah
LILLAHITA'ALA!!

apE ert! sAhaBat?..

persahabatan itu bukan terletak pada pertemuan..
bukan juga pada manis uacapan di bibir tapi pada ingatan seseorang dalam doanya...
tak perlu mencari teman secantik BALQIS..
andai diri tak sehebat SULAIMAN..
mengapa mengharap teman setampan YUSUF..
jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM..
andai diri tak sekuat HAJAR..
mengapa di damba teman hidup sempurna seperti MUHAMMAD..
andai diri tak sehebat KHADIJAH..
jika ada kekurangan khabarkan padaku..
bimbinglah diriku..
terimalah kekuranganku itu sebagai keunikan..
dan berdoalah agar kita menjadi sahabat sehingga ke SYURGA..

Ahad, 16 November 2008

k!5Ah rA5uLuLLaH SAW w!f 5e0rAng p3ngem!s




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai
saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian
akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan
membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW
menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis
itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW praktis tidak ada lagi orang yang
membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu
hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke
rumah anaknya Aisyah RA yan g tidak lain tidak bukan merupakan istri
Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah
kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab,"Wahai ayah, engkau
adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu
kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abubakar RA."Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke
ujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kataAisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar RA mendatangi pengemis itu lalu
memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai....

menyuapinya,
si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan ora! ng yang biasa mendatang iku", bantah si
pengemis buta itu."Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih
dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku",
pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah
seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah
tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan
Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah
memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap
pagi, ia begitu mulia...." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan AbubakarRA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq
Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen,
alangkahbaiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit,
kita mulai dari
apa yang kita sanggup melakukannya...

d'typ3s 0f bL5n aT AKHIRAT

Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat....... tetapi dinasihatkan agar kaum lelaki juga tidak ketinggalan untuk membacanya kerana setiap manusia mempunyai tanggungjawab terhadap orang di bawah jagaan nya termasuklah isterinya( jika sudah berkahwin) ibu dan adik perempuannya (jika ayah sudah tiada) dan juga anak perempuannya..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihatRasulullah menangis maka dia datang bersamaFatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulmenangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yangsedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulahsebabnya mengapa aku menangis. Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat danmengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yangdilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dantimah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinyadengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannyasendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Sertaaku lihat perempuanyang bermuka hitam, memakan tali perutnyasendiri. Aku lihat perempuan yang telinganyapekak dan matanya buta, dimasukkan kedalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknyakeluar dari lubang hidung, badannya berbau busukkarena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihatperempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkanapi masuk melalui mulut dan keluar dari duburnyasementara malaikat memukulnya dengan pentungdari api neraka," kata Nabi.

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapunmereka yang tergantung rambutnya hinggaotaknya mendidih adalah wanita yang tidakmenutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-lakiyang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteriyang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialahperempuan yang tidak taat kepada suaminya, iakeluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuanyang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialahkerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiridengan gunting api neraka keranaia memperkenalkan dirinya kepada orang yangkepada orang lain bersolek dan berhias supayakecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannyake atas ubun-ubunnya diulurkan ular dankala jengking padanya kerana dia shalat tapitidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi danbadannya seperti himar ialah tukang umpat danpendusta. Perempuan yang menyerupai anjingialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan!

Nau'zubillahi min zalik...........

~rAgaM mAnu5!a~

............Lawa Tak Lawa..........
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eleh kontrol laa tuu..
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: pemalu agaknya..
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: harap muka ja lawa,
tapi perangai hampeh..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: hmmm,org lawa pun de wat jahat..
sama jek..
kalau perempuan lawa dapat
Lelaki hensemLelaki akan kata: nak cari laki hensem jekk..
kalau perempuan tak lawa dapat
Lelaki hensemLelaki akan kata: dah jodoh beb..
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: padan muka..
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...cari je la lain,nak wat camne takde jodoh..
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: eleh,nak je tu,saja je wat2taknak..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: bkn taknak bergambar,tp kamera
abih bateri..
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk baik nih..
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelaslelaki
Lelaki akan cakap: alahai,bagusnya..
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: pompuan kena la pandai masak..
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: kita rasa la dulu masakan
dia,baru nilai..iye tak?
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: ishh gedik sungguh..
ingat lawasangat aku nak heran ke,ntah sapa ntah..
lain lamakwe aku yg misscall..
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: hmmm,tersilap nomboragaknya..
nanti aku gitau dia lah..:P

...........mU5L!mAh yAng d'kA5!h!..........


Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada
Dan jangan biarkan keindahan dirimu
menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu…………….
Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solat mu,tundukkan pandangan matamu
Di hadapan lelaki yang bukan milikmu
Kelak engkaulah yang bertuah
ketika menjadi tetamu ALLAH
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih
oleh bidadari Syurga
Ainul Mardhiah…………
Muslimah yang dikasihi,
Berakhlahlah dengan panduan dari Rasulmu
Contohi dan ikuti
Pastinya engkau yang bahagia
Sejuk mata memandang bercahaya dunia
Dengan hiasan muslimah solehah
Sepertimu………….
Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan
Tanpa bekalan ilmu di dada
Renungilah masa depanmu
Tetapkan iman di dada
Moga ia menjadi perisai buat dirimu
Jangan kail panjang sejengkal……..
Lautan dalam hendak diduga……
Muslimah yang dikasihi,
Nilai cintamu hanya pada ALLAH yang satu
Ksihi tuhanmu………
Redhalah Islam menjadi agamamu
Pasti tiada kecewa buatmu
Sahabatku…….
kelak satu hari nanti ada insane yang menantimu
Berkat kasihmu pada ALLAH yang satu
Pasti itulah insane yang menjadi cintamu didunia
Wasilah dari ALLAH………….
Moga bertambahlah redha ALLAH pada mu
Melimpah kasihNYA padamu
Kerana engkau meletak kasihmu padaNYA dahulu
Sebelum cinta pada kekasih
Yang menjadi pilihan hatimu………

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman..

16 b3st w0m3n 'n' 6 bAd w0meN

19 KEISTIMEWAAN WANITA
  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

wh0 !5 "mu5L!maH seJat!"?


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Title "Muslimah Sejati" idaman semua muslimah. Menjadi bunga idaman mutiara syurgawi. Perjuangan di dunia menagih 1001 pengorbanan, namun kejayaan yang kita raih di syurga pasti tidak akan sia-sia. Janji Allah itu pasti. Siapakah "Muslimah Sejati"? Marilah kita berkongsi sedikit pengisian mengenai "Muslimah Sejati".

Muslimah Sejati ialah wanita yang meyakini Allah sebagai Rabb nya, Muhammad saw sebagai Nabinya dan Islam sebagai agamanya. Apabila diuraikan lebih spesifik lagi, muslimah sejati adalah :

  • Muslimah sejati ialah wanita yang selalu besemangat dalam menuntut ilmu, bersemangat dalam mengamalkan ilmunya, dan semangat dalam mengajak orang lain agar mengamalkan ilmunya, sehingga kesan keimanan itu terlihat pada ucapannya, amalannya dan sikapnya.

  • Muslimah sejati ialah wanita yang memiliki ketaqwaan, kekusyukkan, selalu beribadah dan selalu menjaga kewajibannya. Selalu beristiqomah dalam amal-amal salihnya, menjauhi perkara-perkara yang dilarangNya, dan selalu bewaspada terhadap yang dilarangNya semata-mata kerana takutkan kemurkaan Allah dan pedihnya azab Allah.

  • Muslimah sejati ialah wanita yang sangat mencintai Allah SWT dan Rasulnya saw serta mentaati setiap perintah Allah dan Rasulnya. Dia rela mengorbankan dirinya, hartanya dan anak-anaknya serta apa-apa sahaja yang dimilikinya demi menolong agama Allah dan Rasulnya agar tegak di muka bumi.

  • Muslimah sejati ialah wanita yang selalu mendidik anak-anaknya mentaatiAllah dan Rasulnya, mengajarkan kepada mereka aqidah (keimanan) yang benar, menanamkan ke dalam jiwa mereka kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, serta menjauhkan mereka dari perbuatan-perbuatan maksiat dan akhlak-akhlak tercela.

  • Muslimah sejati ialah wanita yang selalu teguh bagaikan gunung dalam menghadapi pelbagai ujian dan kesusahan dalam kehidupan dunia. Tidak pernah goyah hatinya ketika menghadapi kesusahan dan kesulitan dunia, dan selalu bersikap zuhud terhadap dunia. Keimanan tertanam di dalam hatinya, sehingga dia selalu mengharapkan pahala dari Allah atas setiap musibah yang menimpanya.

  • Muslimah sejati ialah wanita yang selalu mentaati suaminya. Dia selalu bersikap lembut dan kasih sayang kepada suaminya, mengajaknya kepada hal-hal yang baik, dan selalu melakukan hal-hal yang menyenangkan suaminya. Tidak berbicara kasar di hadapan suaminya dan tidak bersuara keras ketika berbicara di hadapan suaminya. Selalu berbakti pada suaminya, menjadi rakan kongsi dan pembantu suaminya dalam pengamalan dan perjuangan agama, sehingga suami mendapat kedamaian dan ketenangan jika berada di sampingnya. Jika suami memandangnya, maka ia dapat menyenangkannya dengan keindahan kata-kata dan senyumannya. Jika suami menyuruhnya, dia mentaatinya dan jika suami sedang pergi, dia dapat menjaga dirinya, harta suaminya dan anak-anaknya.

Titipan daripada Ust. Drs. Musthafa Sayani, dalam bukunya Jati Diri Wanita Muslimah.

******************

+Ya Robbi..moga bisa mewarisi semangat juang 'aisyah yang cekal, mashitah yang tabah, sumayah yang sabar, zinnirah yang tenang...jua semangat ibuku yang tercinta




+Tuhan..ku ingin sekelumit tenang tika ini...ku damba jaluran bahagia di sini..jua di sana






peRh!a5aN yAng m3nJad! daMbaaN



Wanita Solehah-Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk" menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.
Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.
Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-satu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"

(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

whAt !mAm 5yaF!e 5a!d:

...Biarkan hari-hari berlalu...Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha'...Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tidak ada derita yang abadi....
hmm...kita nih selalu mengeluh dgn apa yang Allah uji kita...sampai kadang-kadang tak fikir yang Allah sebenarnya memakbulkan doa kita dgn ujianNYA...

s0mew0rd5 :)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (al-ankabut:2-3).

Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (al-baqarah:286)."

Petikan dari kalam Allah untuk sama2 kita renungi... Moga hari2 yang dilalui penuh ranjau dan duri akan terus mematangkan diri kita dan menjadikan kita hamba yang dekat denganNya....Bersabarlah dan sesungguhnya buah kesabaran itu cukup INDAH...

5r!kAnd! !5LaM

Role Model: Naelah Al Farafisyah

Naelah al Farafisyah seorang srikandi Islam yang terulung di zaman Khalifah Uthman al Affan. Beliau merupakan isteri dan penyejuk hati kepada Khalifah Uthman al Affan. Memiliki akhlak yang terpuji sebagai muslimah dan wajah yang menawan hati setiap insan yang melihatnya. Beliau merupakan sayap kiri kepada perjuangan Khalifah yang sukar untuk ditukar ganti dan juga seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat kepada suami tersayang.

Ayah beliau seorang penganut agama nasrani, bukan dari golongan Quraisy. Namun disebabkan kelebihan yang ada pada dirinya menjadikan Naelah tetap menonjol di kalangan para muslimah ketika itu. Kecantikan rupa paras, kebijaksanaan dalam apa jua bidang, kefasihan lidahnya berbicara serta kematangan fikirannya dalam membuat keputusan menjadikan beliau tokoh srikandi Islam yang disegani di mata dunia.

Beliau juga banyak membantu khalifah dalam perjuangan menegakkan risalah suci di persada dunia. Peristiwa pengepungan yang berlaku selama 50 hari di rumah Khalifah benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran hatinya. Beliau tidak pernah berjauhan dengan Khalifah, sentiasa memberikan semangat dan keyakinan kepada suaminya agar terus thabat dan sabar dalam meneruskan perjuangan suci ini.

Pada ketika itu pemberontak tidak henti-henti menyerang rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah-panah. Akibat dari peristiwa ini tiga orang telah terbunuh. Walaupun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis dengan orang ramai agar tidak mencederakan Khalifah, namun ada juga yang mengingkarinya. Pembelotan tersebut diketuai oleh Muhammad bin Abu Bakar.

Ketika Muhammad bin Abu Bakar bersama seorang sahabat memanjat rumah Khalifah, Naelah menjengukkan kepalanya di tingkap tanpa menutupi rambutnya. Lalu ditegur Khalifah.

“Naelah, tutupilah rambutmu kerana ia lebih besar nilai dari nyawaku ini.”

Namun Nelah tidak mengendahkan teguran tersebut kerana yang lebih penting baginya adalah menyelamatkan nyawa suami tercinta.

Tatkala kedua-dua pembelot itu berada di hadapannya, Naelah sudah bersedia untuk melindungi suami yang dikasihi. Lelaki pertama cuba menyerang Khalifah dengan pedangnya, namun dihalang oleh Naelah dengan tangan beliau hingga putus jejarinya. Kemudian Muhammad bin Abu Bakar menghayunkan pedangnya pula, tetapi ditahan oleh Naelah dengan tangan yang lain dan putus jejarinya. Kemudian dengan kejam Muhammad bin Abu Bakar mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikam beliau. Tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati, Muhammad bin Abu Bakar telah menyelar tubuh Khalifah hidup-hidup. Namun apabila Muhammad bin Abu Bakar hendak memenggal kepala Khalifah, Naelah menahan tubuhnya bersama Syibah. Malangnya mereka berdua ditolak dan dipijak-pijak.

Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk menguruskan dan memandikan jenazah beliau. Sehinggalah Naelah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Naelah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.

Peristiwa pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru, ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini. Bagi mendamaikan antara puak ini, Naelah telah menghantar surat kepada Muawiyah yang berbunyi, “Jika dua golongan dari kaum itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Sekiranya salah satu keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah mereka itu sehingga mereka kembali kepada Allah.”

Surat tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke atas khalifah.

Selepas kewafatan suaminya, Naelah terus diselubungi kesedihan yang teramat sangat sehingga datang Muawiyah meminang beliau. Tetapi pinangan tersebut ditolak mentah-mentah, untuk mengelakkan dirinya terus dipinang,beliau telah mencabut dan mematahkan gigi sehingga orang ramai kehairanan. Ada yang bertanya kepada beliau, “Mengapa kamu mematahkan gigi-gigimu yang cantik itu?”

Jawapan yang beliau berikan, “saya tidak mahu kesedihan saya terhadap Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan saya juga tidak mahu lelaki mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang telah diketahui oleh Uthman.”

Kata-kata tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaan beliau kepada suami tercinta yang telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri. Beliau juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya. Juga tidak ada perkahwinan kedua dalam hidupnya selepas Khalifah Uthman.

Naelah al Farafisyah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang dan Islam tercinta di zaman beliau.

tAk3 fr0m mY fav0ur!tE b00k

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk menulis blog hari ni... dan selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad pembuka bicara... :)

Ya Allah, hentikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.
Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai menyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.
Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaran, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.
Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakal, hanya kepadaMu. kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..
-Dr 'Aidh Al- Qarni-
Buku La Tahzan

Ketabahan Siti Hajar...

"Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.
Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah saya akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"
Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah saya. saya tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini." "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..." "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"
Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT."
Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu?
Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT. Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan...
Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. saya redha ditinggalkan" suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan.
Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami."
Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa : "Ya Tuhan kami. saya tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.
Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.
Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."
Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.
Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang.

whY s0me0ne gEtz HIDAYAH??

Walau bagaimanapun untuk mendapat

hidayah ada bermacam-macam sebab atau

ada berbagai-bagai cara yang di anatara

satu sama lain tidak sama. Di antara

sebab seseorang itu mendapat hidayah

adalah seperti berikut:

dia lahir di dalam keluarga yang

beragama, maka dia mendapat didikan

secara langsung dan praktikal daripada

suasana keluarga. Orang ini agak

bernasib baik.

dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah

bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari

kecil lagi sudah suka kepada kebaikan

dan kebenaran. Dia terus mencari dan

mengamalkan. Orang sepeti ini amat

sedikit. Ini adalah pemberian Allah

secara wahbiah (secara anugerah).

orang yang di dalam perjalanan hidupnya

terjumpa golongan atau kelompok yang

beragama Islam dan mengamalkan syariat.

Manakala dilihat kehidupan mereka

begitu baik dan bahagia lantas mengikut

golongan itu.

orang yang sentiasa mencari-cari

kebenaran, mereka sentiasa membaca,

mengkaji, memperbandingkan serta

melihat-lihat berbagai golongan dari

berbagai-bagai agama dan ideology serta

bergaul dengan golongan-golongan itu,

maka akhirnya mereka bertemu dengan

kebenaran.

orang yang mendapat pendidikan Islam,

mendengar ceramah agama, ikut kursus

agama, menghadiri majlis-majlis agama,

maka dia mendapat petunjuk dari mengaji

dan mendengar itu.

orang yang diuji oleh Allah, mungkin

selepas kaya jatuh miskin, atau

mendapat sakit teruk, atau ditimpa

bencana alam dan lain-lain lagi maka di

situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu

dia mendekatkan dirinya kepada Allah

SWT.

orang yang mendapat kebenaran, kerana

Allah mengizinkannya mengalami alam

kerohanian seperti melihat di dalam

mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena

azab atau dia sendiri yang kena azab

atau melihat gambaran Qiamat atau Allah

perlihatkan kepadanya pokok sujud,

pokok bertasbih dan lain-lain kejadian

yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali

kepada kebenaran.

orang yang sedar setelah melihat ada

golongan atau keluarga yang kehidupan

dunianya begitu hebat, rumah besar,

kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak

tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa

porak peranda, krisis sering berlaku,

berkasih sayang dan ukhwah tidak ada,

masing-masing membawa haluan sendiri

maka dari peristiwa itu dia sedar dan

dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak

menjamin kebhagiaan di dunia apatah

lagi di Akhirat kelak.

orang yang sentiasa mengalami kehidupan

mewah, serba ada, apa yang hendak semua

dapat, pangkat ada, duit banyak, namun

kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan

keluarga porak peranda lantas dia insaf

dan sedar dan akhirnya mencari jalan

kebenaran.

orang yang dapat petunjuk kerana ada

orang yang soleh atau orang yang

bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu

dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah

dia sepertimana Sayidina Umar Al

Khattab dapat petunjuk kerana doa

Rasulullah SAW.

Sabtu, 15 November 2008

LET US L0VE ALLAH SWT

Tiadalah di muka bumi ini orang yang lebih menderita daripada seorang yang dimabuk cinta. Meski hawa nafsunya memperoleh kenikmatan. Kau lihat ia menangis setiap saat. Sebab takut berpisah atau karena rindu. Menangis ketika mereka jauh karena rindu. Juga menangis ketika mereka dekat, karena takut berpisah.

Seperti seekor burung yang membiarkan dirinya tertawan dalam genggaman seorang bocah. Si bocah tertawa kegirangan mempermainkannya, menyakiti dan menahannya, sementara dia bergeming tak berdaya.

Hati ibarat bejana, manakala telah terisi penuh dengan sesuatu mustahil kita mengisinya, kecuali dengan mengeluarkan seluruhnya isi sebelumnya. Hati yang diliputi penyakit isyq (mabuk cinta kepada seseorang) pastilah menderita. Hati yang tidak menjadikan Allah sebagai yang dicintainya pastilah hatinya sakit. Sebagaimana hati yang sehat, dia menjalankan fungsinya untuk mengenal dan mencintai Allah. Hati yang sakit tunduk dan terpedaya syahwatnya.

Cintailah Allah…… Dan Allah akan menghimpunkan kebaikan untukmu. Taatilah Allah dan Allah akan merahmatimu.

MUSLIMAH SEJATI ,WANITA DIKASIHI, WANITA SOLEHAH .


MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah. Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.
MUSLIMAH SEJATIE,AGEN PERUBAH MASYARAKAT

Khamis, 13 November 2008


The 99 Names and Attributes of Allah (God)


It is not possible to perfectly translate the names and attributes of Allah from their original Arabic into English. However, here are some fairly close explanations.

Allah: He who has the Godhood which is the power to create the entities.

Ar-Rahman: The One who has plenty of mercy for the believers and the blasphemers in this world and especially for the believers in the hereafter.

Ar-Rahim: The One who has plenty of mercy for the believers.

Al-Malik: The One with the complete Dominion, the One Whose Dominion is clear from imperfection.

Al-Quddus: The One who is pure from any imperfection and clear from children and adversaries.

As-Salam: The One who is free from every imperfection.

Al-Mu'min: The One who witnessed for Himself that no one is God but Him. And He witnessed for His believers that they are truthful in their belief that no one is God but Him.

Al-Muhaymin: The One who witnesses the saying and deeds of His creatures.

Al-'Aziz: The Defeater who is not defeated.

Al-Jabbar: The One that nothing happens in His Dominion except that which He willed.

Al-Mutakabbir: The One who is clear from the attributes of the creatures and from resembling them.

Al-Khaliq: The One who brings everything from non-existence to existence.

Al-Bari': The Creator who has the Power to turn the entities.

Al-Musawwir: The One who forms His creatures in different pictures.

Al-Ghaffar: The One who forgives the sins of His slaves time and time again.

Al-Qahhar: The Subduer who has the perfect Power and is not unable over anything.

Al-Wahhab: The One who is Generous in giving plenty without any return.

Ar-Razzaq: The One who gives everything that benefits whether Halal or Haram.

Al-Fattah: The One who opens for His slaves the closed worldy and religious matters.

Al-'Alim: The Knowledgeable; The One nothing is absent from His knowledge.

Al-Qabid: The One who constricts the sustenance by His wisdom and expands and widens it

with His Generosity and Mercy.

Al-Basit: see above

Al-Khafid: The One who lowers whoever He willed by His Destruction and raises whoever He willed by His Endowment.

Ar-Rafi': see above

Al-Mu'iz: He gives esteem to whoever He willed, hence there is no one to degrade Him; And He degradeswhoever He willed, hence there is no one to give Him esteem.


Al-Muthil: see above

As-Sami': The One who Hears all things that are heard by His Eternal Hearing without an ear, instrument or organ.

Al-Basir: The One who Sees all things that are seen by His Eternal Seeing without a pupil or any otherinstrument.

Al-Hakam: He is the Ruler and His judgment is His Word.

Al-'Adl: The One who is entitled to do what He does.

Al-Latif: The One who is kind to His slaves and endows upon them.

Al-Khabir: The One who knows the truth of things.

Al-Halim: The One who delays the punishment for those who deserve it and then He might forgive them.

Al-'Azim: The One deserving the attributes of Exaltment, Glory, Extolement,and Purity from all imperfection.

Al-Ghafur: The One who forgives a lot.

Ash-Shakur: The One who gives a lot of reward for a little obedience.

Al-'Aliyy: The One who is clear from the attributes of the creatures.

Al-Kabir: The One who is greater than everything in status.

Al-Hafiz: The One who protects whatever and whoever He willed to protect.

Al-Muqit: The One who has the Power.

Al-Hasib: The One who gives the satisfaction.

Aj-Jalil: The One who is attributed with greatness of Power and Glory of status.

Al-Karim: The One who is clear from abjectness.

Ar-Raqib: The One that nothing is absent from Him. Hence it's meaning is related to the

attribute ofKnowledge.

Al-Mujib: The One who answers the one in need if he asks Him and rescues the yearner if he calls upon Him.

Al-Wasi': The Knowledgeable.

Al-Hakim: The One who is correct in His doings.

Al-Wadud: The One who loves His believing slaves and His believing slaves love Him. His love to His slavesis His Will to be merciful to them and praise them:Hence it's meaning is related to the attributes of the Will and Kalam (His attribute with which He orders and forbids and spoke to Muhammad and Musa -peace be upon them- . It is not a sound nor a language nor a letter).

Al-Majid: The One who is with perfect Power, High Status, Compassion, Generosity and Kindness.

Al-Ba'ith: The One who resurrects His slaves after death for reward and/or punishment.

Ash-Shahid: The One who nothing is absent from Him.

Al-Haqq: The One who truly exists.

Al-Wakil: The One who gives the satisfaction and is relied upon.

Al-Qawiyy: The One with the complete Power.

Al-Matin: The One with extreme Power which is un-interrupted and He does not get tired.

Al-Waliyy: The Supporter.

Al-Hamid: The praised One who deserves to be praised.

Al-Muhsi: The One who the count of things are known to him.

Al-Mubdi': The One who started the human being. That is, He created him.

Al-Mu'id: The One who brings back the creatures after death.

Al-Muhyi: The One who took out a living human from semen that does not have a soul. He gives life bygiving the souls back to the worn out bodies on the resurrection day and He makes the hearts alive by the light of knowledge.

Al-Mumit: The One who renders the living dead.

Al-Hayy: The One attributed with a life that is unlike our life and is not that of a combination of

soul, fleshor blood.

Al-Qayyum: The One who remains and does not end.

Al-Wajid: The Rich who is never poor. Al-Wajd is Richness.

Al-Majid: The One who is Majid.

Al-Wahid: The One without a partner.

As-Samad: The Master who is relied upon in matters and reverted to in ones needs.

Al-Qadir: The One attributed with Power.

Al-Muqtadir: The One with the perfect Power that nothing is withheld from Him.

Al-Muqaddim: The One who puts things in their right places. He makes ahead what He wills

and delays what He wills.

Al-Mu'akhkhir: see above

Al-'Awwal: The One whose Existence is without a beginning.

Al-'Akhir: The One whose Existence is without an end.

Az-Zahir: The One that nothing is above Him and nothing is underneath Him, hence He exists

without aplace. He, The Exalted, His Existence is obvious by proofs and He is clear from the delusions of attributesof bodies.

Al-Batin: see above

Al-Wali: The One who owns things and manages them.

Al-Muta'ali: The One who is clear from the attributes of the creation.

Al-Barr: The One who is kind to His creatures, who covered them with His sustenance and

specified however He willed among them by His support, protection, and special mercy.

At-Tawwab: The One who grants repentance to whoever He willed among His creatures and accepts his repentance.

Al-Muntaqim: The One who victoriously prevails over His enemies and punishes them for

their sins. It maymean the One who destroys them.

Al-'Afuww: The One with wide forgiveness.

Ar-Ra'uf: The One with extreme Mercy. The Mercy of Allah is His will to endow upon whoever

He willedamong His creatures.

Malik Al-Mulk: The One who controls the Dominion and gives dominion to whoever He willed.

Thul-Jalal wal-Ikram: The One who deserves to be Exalted and not denied.

Al-Muqsit: The One who is Just in His judgment.

Aj-Jami': The One who gathers the creatures on a day that there is no doubt about, that is the Day of Judgment.

Al-Ghaniyy: The One who does not need the creation.

Al-Mughni: The One who satisfies the necessities of the creatures.

Al-Mani': The Supporter who protects and gives victory to His pious believers. Al-Mu'tiy The

Withholder.

Ad-Darr: The One who makes harm reach to whoever He willed and benefit to whoever He willed.

An-Nafi': see above

An-Nur: The One who guides.

Al-Hadi: The One whom with His Guidance His belivers were guided, and with His Guidance

the living: beings have been guided to what is beneficial for them and protected from what is

harmful to them.

Al-Badi': The One who created the creation and formed it without any preceding example.

Al-Baqi: The One that the state of non-existence is impossible for Him.

Al-Warith: The One whose Existence remains.

Ar-Rashid: The One who guides.

As-Sabur: The One who does not quickly punish the sinners.