Ahad, 16 November 2008

whY s0me0ne gEtz HIDAYAH??

Walau bagaimanapun untuk mendapat

hidayah ada bermacam-macam sebab atau

ada berbagai-bagai cara yang di anatara

satu sama lain tidak sama. Di antara

sebab seseorang itu mendapat hidayah

adalah seperti berikut:

dia lahir di dalam keluarga yang

beragama, maka dia mendapat didikan

secara langsung dan praktikal daripada

suasana keluarga. Orang ini agak

bernasib baik.

dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah

bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari

kecil lagi sudah suka kepada kebaikan

dan kebenaran. Dia terus mencari dan

mengamalkan. Orang sepeti ini amat

sedikit. Ini adalah pemberian Allah

secara wahbiah (secara anugerah).

orang yang di dalam perjalanan hidupnya

terjumpa golongan atau kelompok yang

beragama Islam dan mengamalkan syariat.

Manakala dilihat kehidupan mereka

begitu baik dan bahagia lantas mengikut

golongan itu.

orang yang sentiasa mencari-cari

kebenaran, mereka sentiasa membaca,

mengkaji, memperbandingkan serta

melihat-lihat berbagai golongan dari

berbagai-bagai agama dan ideology serta

bergaul dengan golongan-golongan itu,

maka akhirnya mereka bertemu dengan

kebenaran.

orang yang mendapat pendidikan Islam,

mendengar ceramah agama, ikut kursus

agama, menghadiri majlis-majlis agama,

maka dia mendapat petunjuk dari mengaji

dan mendengar itu.

orang yang diuji oleh Allah, mungkin

selepas kaya jatuh miskin, atau

mendapat sakit teruk, atau ditimpa

bencana alam dan lain-lain lagi maka di

situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu

dia mendekatkan dirinya kepada Allah

SWT.

orang yang mendapat kebenaran, kerana

Allah mengizinkannya mengalami alam

kerohanian seperti melihat di dalam

mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena

azab atau dia sendiri yang kena azab

atau melihat gambaran Qiamat atau Allah

perlihatkan kepadanya pokok sujud,

pokok bertasbih dan lain-lain kejadian

yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali

kepada kebenaran.

orang yang sedar setelah melihat ada

golongan atau keluarga yang kehidupan

dunianya begitu hebat, rumah besar,

kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak

tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa

porak peranda, krisis sering berlaku,

berkasih sayang dan ukhwah tidak ada,

masing-masing membawa haluan sendiri

maka dari peristiwa itu dia sedar dan

dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak

menjamin kebhagiaan di dunia apatah

lagi di Akhirat kelak.

orang yang sentiasa mengalami kehidupan

mewah, serba ada, apa yang hendak semua

dapat, pangkat ada, duit banyak, namun

kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan

keluarga porak peranda lantas dia insaf

dan sedar dan akhirnya mencari jalan

kebenaran.

orang yang dapat petunjuk kerana ada

orang yang soleh atau orang yang

bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu

dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah

dia sepertimana Sayidina Umar Al

Khattab dapat petunjuk kerana doa

Rasulullah SAW.