Khamis, 5 Mei 2011

"Aku Cinta Kamu Kerana Allah"

Al-kisah seorang insan yang digelar wanita....

Ada seorang wanita ini yang lincah bukan ke main lagi dia yang sudah diberi nama oleh umminya Alia Humaira.. Dia ini seorang yang periang tak terkata tapi mungkin di sebalik senyuman itu terselit kesedihan yang disimpannya..

Bermulalah kisah ketika dia di dalam Darjah 6 sebelum menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).. Disebabkan Lia seorang yang periang yang sentiasa meriangkan hati rakan-rakannya, Lia ni ada la dapat sepucuk surat dari seorang rakannya, Man, yang Lia ni amat rapatlah.. Apa yang dah jadi ni..?

Rupa-rupanya, si Man ni telah meluahkan perasaannya pada si Lia ni la.. Tak sangka sampai sebegitu serius si Man ni menyimpan perasaan terhadap Lia.. Diseabkan kebudak-budakan Lia tu,, Lia telah menerima Man ni sebagai buah hatinya.. Aceyhhh.. Tapi tak lama kemudian,, bak pepatah kata Inggeris,,mereka ni 'clash' hanya kerana sekolah tidak sama waktu di Tingkatan 1..

Ketika di tingkatan 1 pulak,,Lia ni sekolah yang ada di asrama lah.. Jadi,, dia menetap di asrama.. Itulah sebabnya dia ni berpisah dengan si Man tuh.. Nak panjangkan cerita lagi,, ada saja jejaka yang meminatinya.. Al-maklomlah,, periang orang la katakan.. Tak sempat masuk seminggu dia sekolah di situ,, dia ni ada dapat sepucuk surat lagi dengan menyatakan luahan hati.. Jiwang gila lah mamat ni kali ni..

Sayangnya,, si Lia ni dah boleh berfikir dengan matang.. Oleh itu,, dengan direct + depan khalayak orang ramai,, si Lia ni decline terus budak ni yang bernama Fuz.. TAPI... Dengan ingin menjaga hati si Fuz ni,, Lia ni dah pulak bagi Fuz ni berkawan dengan kawan rapatnya, Aida.. Tak menyagka pulak menjadi si Fuz ni dengan si Aida ni.. So,, Lia tetap meneruskan kehidupannya seperti sediakala..

Selang beberapa bulan dia menetap di sekolah Seberang Perai itu,,adlah wujud seorang pelajar baru yang telah mendaftarkan diri di sekolah itu.. Lia pun dengan tanpa segan silunya menyuruh pelajar baru ni memperkenalkan dirinya di dalam kelas depan rakan-rakannya yang lain.. Al-maklum la,,penolong ketua kelas la katakan.. Apa dia kisah dengan keriuhan mulutnya si Lia tuh.. Disebabkan hal itu,, si Lia ni dah mula rapatlah dengan budak baru itu, Zam..rapat pnye rapat punya rapat sampai timbullah gosip antara si Lia dengan si Zam ni..tapi Lia ni mana la kisah pasal tu sebab dia berani.. Dia bukannya declaire pun dengan budak tuh..

Selang beberapa minggu sehabis selesainya kursus Bahasa di sekolahnya,, dia mendapat sepucuk surat.. Tapi kali ni,, lain sikit trend nya.. Surat tu dikirim oleh seorang insan yang salah seorang Lia sayangi iaitu kakak angkatnya,,Yati.. Surat apa pulak dah ni...?

Lia membukanya dengan tanpa membaca isi yang tersurat dalam surat tu,, Lia terus melihat siapakah pengirimnya.. Rupa-rupanya si Zam ni samalah dengan jejaka-jejaka yang lain.. Tapi kali ni,,respon Lia lain sikit.. Lia tidak membalas surat yang diterimanya itu sampailah suatu hai ni...................

Tiba-tiba Lia menitiskan air mata ketika sedang terbaring di atas katilnya.. Itulah kesedihan yang disemunyinya di sebalik kegemiraanya selama ini..

Yati : Eh Lia,, kenapa ni..?
Lia : Eh,, tak de pe la.. (sambil mengesatkan air matanya)
Yati : Ye ke ni..?
Lia : Betul la..
Yati : Cakap saja la kalau ada masalah yang nak dikongsi..
Lia : Ermm.. (terdiam sejenak) Yang sbenarnya,, kita kelirulah yang pasal surat Zam bagi tuh..
Yati : Hah,, kenapa pulak..?
Lia : Akak tahu ke isi surat tuh..?
Yati : Ha.... Eh x..
Lia : Akak bagitahu betul-betul..
Yati : Ok.. Akak tahu.. Hah,, kenapa..?
Lia : Patut ke kita trima ye..?
Yati : Hah,,kamu suka dia ke..?
Lia : Eh,, tak ada kerja la kita nak suka dia..
Yati : Ala dik,, tak payah la dik nak tipu akak..
Lia : Erm... Serius tak!!
Yati : Ala,,kamu suka dia kan tapi kamu tak nak sakitkan hati kawan kamu kan sebab kawan kamu suka dia kan..?
Lia : Macam mana akak tahu..?
Yati : Akak dah tahu semuanya dan akak nak tengok apa adik punya respon je..
Lia : Entah la kak..

Itulah yang si Lia pendamkan selama ni.. Tidak menyangka orang yang dia pendamkan perasaan dia selama ini,,ada salah seorang rakan dia selama ni pun mempunyai perasaan pada si Zam ni selama ni..

Selang dua minggu lepas tuh,, ada khabar berita yang membuatkan satu sekolah Lia ni tersentak bahawa mak kepada Zam dah kembali ke rahmatullah.. Lebih kurang seminggu lebih,, Zam ni meninggalkan pengajiannya..Tapi keesokan dia kembali di sekolah,, Zam mengirimkan surat kepada Yati lagi untuk diberikan pada Lia.. Lia terus membukanya kerana ingin mengetahui khabar Zam.. Zam tetap tak putus asa untuk memenangi hati si Lia ni..TAPI apa reaksi Lia pulak dah kali ni.............?

Inilah dia Lia...Lia tetap tidak memberi jawapan pada persoalan yang diberi oleh Zam itu..Tapi Lia tetap meneruskan persahabatannya antara dia dengan Zam dan rakan-rakannya yang lain.. Semua orang menyenanginya.. Al-maklumlah,,main belasah je dia kawan..

Sampailah dia dalam tingkatan 3,,Zam ni tak pernah putus-putus mengingatkan Lia yang dia kan tetap meneruskan simpanan hatinya untuk Lia..Tapi,,dalam masa yang sama,,Lia mendapati yang si Zam ni sedang berpasangdengan rakannya sendiri..Lia tak sangka Zam yang dia kenali selama ni hanya menipu dia untuk terus berharap pada dia sahaja.. Sejak itu,, Lia terus menghindari Zam.. Dalam masa yang sama,,Lia telah berjaya dengan jayanya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat 7A..

Naik ke tingkatan 4,,Lia telah ditukarkan sekolahnya oleh umminya di Shah Alam.. Lia meneruskan perjuangannya tanpa memikirkan apa saja masalahnya.. Tapi kali ni,,sudah 3 orang yang cuba untuk mengambil hatinya kembali,, tapi,, Lia tidak dapat menerimanya hanay kerna serik dengan ape yang dah pernah jadi dalam hidupnya..

Selesai sudah dia menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),, Lia didapati mendapat keputusan 5A sahaja dalam peperiksaannya kali ni.. Lia kecewa dengan pencapaiannya kali ni tapi Lia tetap meneruskan hidupnya.. Dengan menebus kesalahannya pada umminya,,dia ingin bekerja sementara dia meneruskan pelajarannya dengan mencari ewang sendiri kerana Lia tidak lagi ingin menyusahkan umminya lagi..

Semasa di tempat kerjanya,,dia dapat berkenalan dengan seorang budak yang always positif jiwanya yang dipanggilnya Mi.. Lia ni apa lagi,, dia pegang pepatah "berkawan biar seribu,,bercinta biar satu".. So,, dia berkawan sebaiknya dengan Mi tuh.. Bila dah dekat-dekat nak hujung pengakhirannya,,terdetiklah satu keputusan yang ingin dibuatnya..

Lia telah meluahkan sendiri hasrat hatinya pada Mi.. Dia sendiri tak tahu apa yang dia dah buat tapi itulah Lia yang kini.. Dia rasa senang dengan Mi.. Alhamdulillah semuanya berjalan selamat.. Aceyhhh.. Mi menerima Lia malah Mi menyayangi Lia lebih dari segalanya.. Hati Miterlalu tulus menyayanginya tapi sayangnya Lia..........

Lia dapat tawaran masuk ke program matrikulasi dan setibanya Lia ke kolej itu,,dia masih dengan perangai lamanya iaitu periang dan peramah.. tapi,,kini,,Lia berubah..Lia bukan Lia yang dahulu.. Setelah beberapa bulan dia masuk ke kolej itu,,Lia menjadi mudah berubah hati sehingga dia lupa yang dia telah menyakiti Mi.. Entah la,, tapi Lia merasakan yang hatinya tetap pada Mi,,cuma dia mudah menyukai orang lain.. Antaranya,,Fiq,,Ama n Ayen.. Dia sedar dengan perubahan dirinya itu tapi dia mengendahkannya hinggalah dia mendapati telah membuang tepi si Mi tu.. Mi terasa dengan tingkah lakunya itu tapi setelah dia sedar yang Lia memerlukan Mi,,dia mencari Mi kembali tapi Lia menyakitinya lagi sehingalah 3 kali ianya berlaku.. Tapi..........

Kali ke3 itu,, Lia berjanji yang Lia akan terus setia pada Mi dan Mi mempercayainya kerana sebelum ni,, Mi pernah meminta pada Lia untuk berjanji tetapi Lia enggan..Tapi kali ni,,Lia sendiri yang ingin berjanji pada insan yatim yang telah menyayanginya setulusnya tapi secara tiba-tiba...........

Lia berubah kepada dirinya yang asal..Lia menjadi berubah hati dan menyakiti Mi tu lagi..Tapi kali ini,,alasannya lain yang Lia telah pendamkan selama ini..Lia telah menipu Mi dengan mengatakan yang Lia dah punyai orang lain... Sedangkan................

Lia telah tersalah kawan.. Dia mengingatkan yang dia disenangi setelah berkawan dengan seorang jejaka yang hanya luaran sahaja baik tapi niat hati sebaliknya.. Lia telah menolak permintaan seseorang tanpa memikirkan untuk menjaga hatinya kerana perbuatannya yang tidak menepati kehendak Lia dan hati si Lia ni masih mengingati janjinya pda Mi yang dia pernah sayangi dahulu hingga kini.. Setelah itu,, Lia telah jatuh sakit hingga hampir sebulan dia terpaksa menetap di rumahnya.. Lia dikenakan buatan orang sehingga dia menjadi lumpuh sebelah badan belah kirinya.. Lia tidak dapat membangunkan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain.. Setelah membuat rawatan,,Lia didapati dikenakan buatan orang..

Oleh itu,,keluarga Lia membuat keputusan ingin diikatkan dengan seseorang hanya kerana memikirkan ianya dapat mengelak daripada perbuatan orang itu pada Lia.. Tapi rupa-rupanya tidak.. Lia tetap dengan penyakitnya sehinggalah Lia membuat keputusan untuk melupakan Mi sehingga abangnya sendiri membuat keputusan ingin menbakar smeua barang yang pernah diberi oleh Mi pada Lia agar Lia dapat melupakannya dan menerima insan yang tak mungkin Lia menyayanginya dengan secara terpaksa.. Setelah menerimanya,, Lia terus sihat.. Lia terpaksa berpura-pura mesra dengan budak itu.. Rakan-rakannya yang lain semua tidak mengetahui apa yang terjadi pada Lia kerana Lia takut jika orang lain mengetahuinya,, dia kan jatuh sakit kembali.. Tetapi diakhir ketika peperiksaan final semester menjelang tiba,,Lia tidak sanggup menanggung bebannya itu kerana budak itu hanya jadikan Lia ini sebagai pemuas nafsunya sahaja..

Akhirnya,,semua memahaminya dan cua faham dengan situasi Lia.. Lia nekad yang dia terpaksa nmeneruskannya sehinggalah tamat pembelajarannya di kolej itu.. Setelah selesainya semua itu,, Lia cuba menghubungi Mi kembali..Tapi....

Mi seolah-olah menjauhkan diri daripada Lia.. Kini,, Lia benar-benar merasakan kehilangan seorang insan yang disayanginya.. Lia menyesali dengan perbuatannya sebelum ini.. Tapi kali ni,, Lia tak pernah melupai janjinya pada Mi.. Lia menjelaskan pda Mi tentang apa yang dah terjadi tapi sebaliknya.. Mi memarahinya kembali kerana Mi terasa sangat dengan apa yang dah berlaku pada dirinya.. Lia dengan terus berprasangka bahawa Mi sudah berpengganti..

Ternyata tidak,,Mi tetap 'single' dan Lia tetap terus meyakini Mi sehingga merimaskan Mi.. Akhirnya,,Mi berterus terang yang Mi menyesal dengan apa yang dah jadi.. Dia tak nak lagi perkara ni berulang kembali dan Mi tidak mempercayai si Lia ni lagi dengan mengatakan.....

"Let me get this straight..Kalau mesej ni agak kasar dan agak salah, jadi maafkanlah.. Selepas kau,aku still macam ni,single... Aku jadi trauma atas apa yang dah jadi.. Kau mungkin tak tahu aku menangis .. Tapi ya, aku menangis.. Lagi bertambah sakitnya hati aku bila kau kata aku macam-macam, mesej aku yang kau nak tunang, bagitahu yang gambar aku nak kena bakar,, aku tak tahu apa niat kau sebenarnya buat macam tu.. Aku cuba fahamkan situasi kau yang kau sakitkan.. Pada aku, kalau kau sayang seseorang tu, jadi hati beliau kau jaga baik-baik walau apa jua keadaan.. Kau mungkin boleh bagitahu aku masa tu yang kau sakit dan mungkin aku akan doakan kesejahteraan kau.. But still,, aku masih tak faham kenapa egini.. aku jugak manusia punya hati dan perasaan.. Dari dulu lagi kau ambil aku, tehn kau buang aku.. Kau cakap yang kau dilema dengan first love kau, dgn fiq dan siapa entah lagi.. Klau ini ujian untuk aku kau uji sayang aku, maaf, aku fail, kau cari orang lain.. Aku bukan jenis senang untuk sayang pada orang dan bila aku dah sayang, orang itu sahaja dalam kepala aku.. Tapi bila macam-macam jadi, aku memang terasa yang aku dipermainkan saja lebih-lebih lagi dengan janji yang kau berikan dulu.. Ya, aku berjiwasensitif, akan terasa walaupun hal kecik. Mungkin kalau kau hujani seorang lelaki dengan pertanyaan, memang rimaslah lelaki itu. Percayalah, bukan ini caranya. Tapi aku jawab soalan kau lah ye, kautak berpengganti lagi,aku single dan walaupun aku ni pelupa, aku tak pernah lupa orang-orang yang yang ada memori dengan aku.. Ini memang isi hati aku yang aku epndam dari dulu.. Kalau kau tak suka, kalau kau nak marah aku, marahlah.. Aku terima seadanya.."

Inilah yang telah terjadi.. Kini barulah si Lia ini sedari dan akui..

"Aku akui kau bukanlah cinta pertamaku kerana cinta pertamaku adalah Allah tapi kau,,Mi,,adalah pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulullah kerana aku mencintaimu kerana Allah Ta'ala.."

Pengakhiran kisah Lia ini,, Lia terpaksa membawa dirinya dengan hati yang tak terkata rindunya pada Mi yang sentiasa menyenanginya dahulu dengan beribu penyesalan tak terkata kerana tidak dapat kotakan janjinya pada Mi tetapi Lia tetap memohon padaNya jika Mi lah jodohnya, kau teruskanlah perancangan itu kerana Lia tidak rela mejadi seorang munafik di dunia dan akhirat kelak..

p/s : Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa jua kerana cerita ini hanyalah rekaan semata-mata..

Sekian kisah "Aku Mencitaimu kerana Allah"...